Salam~
Ssesunguhnya tajuk posting itu hanyalah lakonan semata-mata....Tuesday :- I asked Ustazah Mazuraini "Siapa yg akan jadi wakil pelajar untuk Majlis Restu Ilmu Form 3" She replied "Uszth xthu la..Sir akan pilih.." Ak pn sambung.."Hao sedap tuh,soro clear"..wahahaha..tgk2 Hari Rabu,Hao lah yg terpilih dgn jayanya..wahahaha...Yes!Hao,mung dh menyetelkan hasrat hati ak..weeee....jd sbgai memenuhi hasrat mung yang terkial -kial mencari-cari ucapan itu dari ku,maka ku selitkan disini ucapan ku zaman kuno dulu...So Hau,mung amik dan setting2 kan lah...ni ak tulis ucapan nih time kecik2 dl..ayt pn trbur..hehehe
Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 3 2007
Yang berusaha,Tuan Hj,Saifuddin b. Abdullah,pengetua Maktab Sultan Ismail,Yang berbahagia,En Mohamad b Abd Wahab,Pnlng Knn Pntdbiran,Yg Berusaha En.Abd Halim B. Zakaria,Pnlng Kn Hem,En.Ramli bin Zakaria,pnlng kn ko-kurikulum,ketua-ketua bidang,guru-guru dan rakan2 yg dihormati skalian.
Alhamdulilah,pd hari ini,dapat sekali lg kita berkumpul di dewan yg penuh rahmat ini untuk menjayakan Majlis restu ilmu.Rakan-rakan sekelian,sedar atau tidak ,sebenarnya kita sudah menghampiri kemuncak kepada perjuangan kita selama 3 tahun.Saya rasa inilah peluang yang terbaik untuk kita menghadiahkan sesuatu yang bernilai kepada kedua ibubapa kita setelah mereka bersusah payah menyekolahkan kita selama sukrang-kurangnya 9 tahun
Di kesempatan ini,bagi pihak pelajar-pelajar tingktan 3 saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepda warga pendidik yang telah bertungkus lumus mendidik kami tanpa mengenal erti penat lelah.Segala pengorbanan yang telah di lakukan oleh guru, akan kami kenang selagi hayat dikandung badan.kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak pentadbir yang telah berusaha mengatur segala aktiviti ilmiah yang bnyk memberikan manfaat kepada kami.Kami sedar segala aktiviti yang dilakukan tersebut adalh semata-mata untuk meningkatkan lagi prestasi pelajaran kami.
Guru-guru,
Pada hari yang berbahagia ini,kami ingin memohon agar guru menghalalkan segala ilmu yang telah di curahkan kepada kami.Kami sedar bahawa tanpa ilmu yang di curahkan guru,bgaimana mungkin kami boleh mnjdi pljr yg cemerlang pd hari ini.Insya-Allah ilmu yang di perturunkan,akan kami manfaatkan sebaik mungkin.Kami juga ingin memohon maaf atas segala kesilpan dan kesalahan yang telah kami lakukan smada sedar atau tidak.Walaupun kami pernah melukai hatimu guru,sesungguhnya jauh dalam sudut hati kami,kami tidak pernah berniat untuk melukakan hati mu.Sesungguhnya guru kami mohon agar anda sentiasa mendoakan kejayaan kami.Doakan juga agar kami tidak menjadi orang yang takbur sombong,angkuh dan bongkak atas segala ilmu yang dimiliki
Sebagai mengakhiri ucapan saya pd hari ini,saya ingin menyeru kpd rakan-rakan agr melakukan yg terbaik dalam PMR nanti dan seterusnya mengemilangkan Sic.Wahai rakan sekelian,hendaklah kita
Setia dlam perjuangan,
Jujur dalam setiap tindakan,
Yakin dengan kebolehan diri,
Amanah dengan tanggungjawab insya Allah berjaya….TQ
p/s : The last part nih,mg ejah2 ah..dulu ado 4 kelas jh...loni 7..mmpus mung!!wahahaha..
GOOD LUCK HAO CEPET!!!
Credit to aiman for this amateur video..hehe





