Friday, March 13, 2009
urgent!!!bc nh!
By
Dr. Mahathir Mohamad
on March 13, 2009 6:48 PM | Permalink | Comments (0) | TrackBacks (0)
1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-prkataan Sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilimu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.
14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains.
15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat oenting di zaman ini.
16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah dari pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.
17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?
18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?
20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan menggun hanya bahasa Melayu?
21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.
22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.
23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayuu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.
24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.
nh la sush sbnarnya org kita...berpolitik scra berlebih-lebihan...sbb tu lh byk penguatkuasaan x mnjadi...pertamanya kerana minda kelas ketiga yang tidak mahu menerima perubahan walaupun mengakui bnda itu merupakan suatu kbbnrn...mmg ak teruk in english..tp I dont care..this is the way how I improve myself..
mn pejuang2 bahasa melayu??baca nh..jgn biarkan nasi menjadi bubur..jgn biarkan bngsa wawasan 2020 menjadi bangsa yang kaku!~
think about it dearest malaysian...
salam~
Thursday, March 12, 2009
Jiwa selepas exam pertama (a.k.a azab)..
tp smuanya blum kitorg th lg..risau tu mmg ader!...tp skang ape bleh bwat??berserah kpd Allah...
nway..hr nh rslt SPM..wo!sic debey rezak..hehehe...Tahniah2..nway best student spm 2008 Tn fadhli..kwn ak tuh..kikiki..spnjng ak knl dio..so jh ak th..bilo kito bljr selain usaha kito keno ado doa,ikhtiar dan tawakkal...Allah sjow lah hak buleh tulung kito!yeah!insyallah SPM 2009 10A1 hak ak...
hr nh exam chem paper 3..masyallah...xdop prsaan prekso lasum..huhuhu..
esk kls tmbhn??adeh!ltih nh..dakpo2 bljr prlu pngorbanan..huhuhu
stkt nh la luh...
bereh laluw!
Sunday, March 8, 2009
Majlis Perpisahan PKP n Maulidur Rasul
Salam~
ak sje ja sbnrnya nh..xda menda nk cita jd...ak mskan teks ucapan nih..
nway,thanks to teacher sally...nk th ape tc sally ckp??no way..kita duo sje yg bleh th..ko ghano tc??kikikiki
ayt kt bwh nh...kikiki...no komen!!layan je lah...
Terima Kasih Yg Di Muliakan Tn Pengerusi Majlis.
Basmalah…
Salam ~ dan Selamat Sejahtera
· Yang Diraikan,Ayahanda En Mohamad b. Abd Wahab,Mantan Pnlng Kann Pentadbirn MSI
· Yang Berusaha,Tn Hj Saifuddin b.
· Yang Dihormati,En Abd Halim b Zakaria,Pnlng Kanan Hal Ehwal Murid
· Yg Berusaha En Ramli b Zakaria,Pnlng Kanan Ko Kurikulum
· Yang Dihormati Guru-Guru Ketua-Ketua Bidang
· Barisan Guru Yang Di Kasihi,
· Para Pemimpin Pelajar dan Rakan-Rakan Yang Dihormati Sekelian.
Syukur Ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya,dapat sama-sama lagi kita berkumpul di dewan yang penuh mulia ini untuk kita melakarkan sebuah lagi coretan dalam sejarah MSI.
Pada hari ini,seperti yang kita sudah sedia maklum,Ayahanda Pnlng Kanan Pentadbiran kita,En Mohamad b.Abd Wahab akan meninggalkan MSI bagi meneruskan tugas dan misi beliau di tempat baru.
Mewakili semua pelajar MSI,saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ayahanda di atas kenaikan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah JPN.Sudah tentu kami di sini begitu gembira dan berbangga di atas pencapaian cemerlang ayahanda,yang juga merupakan seorang insan yang pernah bergelar Warga Maktab Sultan Ismail.
Sudah pasti pemergian ayahanda akan dirindui oleh semua warga maktab.Semua usaha yang telah dijalankan oleh ayahanda bersama-sama dengan barisan pentadbir untuk mengembalikan Kegemilangan SIC akan dikenang oleh kami semua.Sesungguhnya,kami sedar perjuangan tersebut masih lagi belum selesai,dan,kami disinilah pewaris yang akan meneruskan usaha tersebut.
Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya pertuturan,gurauan dan peri laku kami sepanjang ayahanda berada di sini telah menimbulkan rasa kecewa di hati ayahanda.Sesungguhnya,saya begitu yakin,kenakalan dan gurauan kami semua sebenarnya tidak lebih daripada gurauan seorang anak kepada ayahnya.
Disini juga,sebagai tidak mahu melepaskan kesempatan mewakili rakan-rakan pelajar sekelian,saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada ayahanda di atas sumbangan bakti ikhlas yang telah ditabur selama dua tahun di maktab kami yang tercinta ini.Sesungguhnya kejayaan demi kejayaan yang diraih maktab kita sebenarnya bertitik tolak daripada usaha gigih barisan pentadbir yang sememangnya prihatin dengan kecemerlangan rakan-rakan pelajar sekelian.
Tidak lupa juga,Badan Pemimpin Pelajar Maktab Sultan Ismail ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan atas jasa dan nasihat yang telah dihulurkan oleh ayahanda ke arah merevolusikan kecemerlangan badan kami.
Doa kami mudah mudahan ayahanda lebih cemerlang ditempat baru dan sentiasa dilimpihi rahmatNya.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti
Yang Pergi Akan Dirindui,Yang Datang Sudah Tentu Tidak Sama,
Semoga Silaturahim ini berkekalan…
Sekian Wabillah hi taufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
ESOK Maulidur Rasul!
To all muslim,selamat mnymbut hr maulud..moga2 kita mnjadikan hari maulud ini sbgai hari untuk kita memperbaharukan ikrar kita untuk sentiasa berselawat kpd Allah..Jgn jdkan hari maulud sje sbgai hr u brselawat k???
esok cuti!bio pai!!!tggu ak......
bereh lalluw!!!
salam~
Thursday, March 5, 2009
wEEk two exam!aiya!
adeh!..kejap je..dah abis dua mnggu exam..exam nh kn...kn..kn..!!!pling x best!!!!huhuhu
sush la nk hidup sng nh kn...yg sbjek mggu nh smuanya ak xrasa mcm dh all out...
eng- adoi..msti papaer 1 teruk gler nh!(xpenah pn asa snng paper 1)..tp kali ini,english paper 1 lg sng dr final year hr tuh..tp mcm biasa lah..mggu nh,ak mcm panik n x brtnng..so ak wat essay pn camtu la...xda feel lnsung!!tension!!! paper 2,trlbih msa itu mmg sntiasa..ak pn heran...paper 1 x ckp masa lak..Target-->ak da mls la nk fikir,ak mls sbrnya nk th bape mrkh exam ak tuk kali nh..*first time nh..btul nh..xda prsaan lngsung....
physics-adoi....apsal la paper 2 x penah ak smpat bwat..msti lah kelam kbut...yg paper 1,alhamdulillah ok lah..tp bmbng gk tkut careles(sbb bwat msa panik)..adeh apsal ah smua keje x jd skang nh??ape yg xkena ngn ak nh??paper 3 lak,ok lah........ok lah....
bm-bwat lthn ngn Cg Maizom,wah!best krgn ak nh..ya lah..bwat x da la kna siap lam masa 45 minit @1 30 minit..nh...abis tandus idea...dah la paper 2 ssah ngn xckup masa...adeh..pndek kata..mggu nh mggu malang ak kot!mlng siot!!!!
math-alhamdulilah ok lah..tp careless tuh ak x jamin..x kompem brp yg careless..tp da cuba tebaik x nk careless..ntah la labu........Nway cg Norsida pegi Umrah,sapa eh nk mark ketas kitorg?
chem-..nk smpai ktrnan fail dh nh chem nh...paper 2 still ok lah...tp soalan yg chapter 9..adoi...xigt pape....yg lain..ok lah..tp paper 1..masyallah...dh lah time tuh ak tension+panas+bising kt pdng lak...ak asee cam nk bom je pdng sic tuh!paper 3 posstponed!(igtkn dh nk pra merdeka tuk chem)hahaha
tp x pa lah..mybe kali nh result ak terok....mngkn nh cbaan Allah tuk ak...sbb mmg btul kata org....ble ak slalu bjaya je..ak x kn bljr pnya...n dlm cuti nh..ak nk baiki blik smua kslhn ak...ak nk kmblikan krjnan ak n ak nk cuba tuk tingkatkan disiplin ak...
babai~
salam~